Click for home
Home Back
 
BERBAKTI KEPADA IBUBAPA SETELAH KEMATIAN MEREKA

Berbuat baik kepada kedua ibubapa bukanlah berakhir setelah kematian mereka, tetapi hendaklah diteruskan selepas kematian mereka. Antara yang boleh dilakukan ialah:

1.Menyembahyangkan jenazahnya. Jika ia anak lelaki maka lebih utama ia mengimamkan solat jenazah ke atas kedua ibubapanya serta membaca doa bagi mereka.

2.Sentiasa memohon keampunan dosa kedua ibubapa. Ini antara tanda anak yang soleh.

3.Menunaikan janji yang belum sempat ditunaikan oleh ibubapa sebelum kematiannya. Janji ini tarmasuk sedekah jariah, wakaf dan sebagainya.

4.Berbuat baik kepada sahabat baik ibu bapa seperti meneruskan hubungan silaturrahim dengan sahabat baik mereka.Rasulullah bersabda; "Sesungguhnya termasuk perbuatan yang paling baik ialah meneruskan silaturrahim dengan sahabat baik bapanya sesudah bapanya meninggal”. Riwayat Muslim.

5.Membantu keluarga yang dahulunya dibantu oleh ibubapanya. Abu Daud meriwayatkan satu hadis: Telah datang seorang bertanya kepada Rasulullah adakah sesuatu kebaikan yang masih ia dapat dilakukan kepada ibubapanya sesudah mereka meninggal dunia. Rasulullah menjawab "Ada; iaitu mendirikan solat jenazah bagi keduanya, berdoa meminta ampun bagi keduanya, melaksanakan apa yang menjadi janji keduanya, memuliakan orang yang menjadi sahabat keduanya dan memberi pertolongan kepada keluarga yang bergantung kepada keduanya”. Riwayat Abu Daud.

 

No Copyright:Any organisation or individual wishing to reprint or copy the contents of this website may do so as long as the information is kept in its original form, names of all authors and sources are kept intact and articles are used for non-malicious purposes. An acknowledgement to this site (daawah.com) would be appreciated.

 
Home | webmaster@adcipta.net | Blog