MENINGKATKAN
KEKUATAN AKAL MENURUT PANDANGAN TABIB-TABIB ISLAM
Pada zaman
Salafussoleh dahulu, mereka terkenal dengan kekuatan akal fikiran ataupun daya
ingatan yang tajam. Di dalam sebuah keluarga, mereka memastikan paling kurang
seorang mesti menghafal Al-Quran. Ada di antara mereka yang menghafal puluhan
ribu hadis. Di antaranya Imam Ahmad bin Hambal menghafal sejuta hadis. Apakah
rahsia kekuatan akal fikiran mereka? Ulama-ulama Islam telah sepakat bahawa
syarat yang pertama dan utama untuk mempunyai kekuatan akal yang kuat ialah
menjauhi segala maksiat kepada Allah. Syarat kedua ialah makan tidak
berlebihan.
Di antara
petua penting menguatkan akal menurut ahli-ahli perubatan Islam:
1. Makan
kismis pada kadar 21 biji sehari.
2. Makan buah
badam.
3. Makan
daging kambing.
4. Halwa
halia.
5. Kemiyan
putih (mustaki) atau kemiyan serani.
6. Makan buah
limau.
LARANGAN
- Ahli-ahli
perubatan dan ilmuan Islam juga, kuat menjaga pantang larang yang boleh
melemahkan kekuatan akal.
Di antaranya:
1.
Mengelakkan minuman yang terdapat semut di dalamnya.
2.
Mengurangkan makanan-makanan yang masam.
3.
Mengelakkan makan ikan di bahagian kepala.
4.
Mengelakkan tidur selepas subuh, asar dan maghrib.
5. Menjaga
kebersihan dalam semua aspek terutama gigi dengan bersiwak setiap kali waktu
sembahyang.
Untuk menjadi peribadi yang
berjaya akal fikiran mesti sentiasa di majukan dan dipertingkatkan. Jadikan
pandangan anda lebih positif, lebih global (luas) dan sentiasa terbuka.
Disiplin untuk akal perlu ada supaya ia dapat berfikir secara teratur dan daya
kekuatan akal dapat digunakan semaksima yang mungkin untuk memajukan diri
sendiri.