ADAB KETIKA MENGUAP Hendaklah meletakkan tangan di mulut ketika menguap untuk menutup pandangan yang tidak layak ketika mulut terbuka dan juga untuk menghalang sesuatu masuk ke dalam mulut. Kita disuruh mengurangkan suaranya hingga tidak kedengaran langsung. Selepas menguap hendaklah beristighfar kepada Allah kerana menguap adalah dari tanda malas dan ia adalah dari syaitan. Rasulullah bersabda: Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi bersabda, "Sesungguhnya Allah suka akan bersin dan benci akan menguap. Jika salah seorang kamu bersin dan memuji Allah (Alhamdulillah), hendaklah orang Islam yang mendengarnya mengucapkan "Yarhamukallah". Adapun menguap adalah dari syaitan, jadi jika seorang kamu menguap maka hendaklah ia mengembalikannya (menahannya) sedapat mungkin, kerana apabila kamu menguap, syaitan ketawa melihatnya.” Riwayat Bukhari.
|
|||
No Copyright:Any organisation or individual wishing to reprint or copy the contents of this website may do so as long as the information is kept in its original form, names of all authors and sources are kept intact and articles are used for non-malicious purposes. An acknowledgement to this site (daawah.com) would be appreciated. |
|||