Click for home
Home Back
 

PERHIASAN MENURUT ISLAM

Manusia memang sukakan perhiasan. Dalam Islam perhiasan boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian, seperti perhiasan diri, perhiasan harta dan perhiasan anak. Kecantikan rupa paras adalah anugerah Allah yang tidak ternilai dan mahal harganya. Kekayaan dan anak-anak juga menjadi perhiasan dan manusia berusaha memilikinya. Islam tidak melarang manusia lelaki dan manusia perempuan berhias diri selagi tidak melanggar etika perhiasan dalam Islam.

Dalam Islam perhiasan juga bukanlah bertujuan untuk menunjuk-nunjuk . Apa yang diharuskan ialah sekadar zahirnya sahaja. Seperti Firman Allah yang bermaksud: "Janganlah mereka menampakkan perhiasan kecuali yang zahir daripadanya sahaja" An-Nur:30.

Perhiasan yang zahir ialah muka dan tapak tangannya. Jadi lantaran itu jagalah perhiasan yang dipakai oleh anak dan isteri kita supaya tidak berlebih-lebih dan menunjuk-nunjuk hingga menimbulkan fitnah dan rasa cemburu orang lain melihatnya.

 

 

No Copyright:Any organisation or individual wishing to reprint or copy the contents of this website may do so as long as the information is kept in its original form, names of all authors and sources are kept intact and articles are used for non-malicious purposes. An acknowledgement to this site (daawah.com) would be appreciated.

 
Home | webmaster@adcipta.net | Blog