Antara tindakan yang menandakan
syukur itu ialah:
1. Merasa gembira atas sesuatu
pemberian yang diterima.
2. Menyatakan kegembiraan dengan
ucapan dan perbuatan.
3. Memelihara pemberian dengan baik
dan mempergunakannya sesuai dengan yang dikehendaki oleh pemberi.
4. Membalas pemberian tersebut. Kalau
kepada Allah maka dibalas dengan mempergunakan kurniaanNya dengan landasan
patuh dan taat kepadaNya.
Kalau kepada manusia, pemberian itu dibalas dengan pemberian lain atau
sekurangnya dengan doa.
Sebab kufur nikmat
1. Sebab kebodohan dan tidak
mengerti.Harta kekayaan atau sebagainya yang dianugerahkan oleh Allah tidak
dapat mereka fahami sebagai
nikmat Allah. Bahkan mereka merasa datangnya atas usaha mereka . Mereka
lupa dan lalai bahawa itu ialah nikmat Allah yang perlu
dibalas dengan rasa syukur. Apabila mereka ditimpa bencana atau sakit, atau
kesusahan, mereka mulai memohon pertolongan Allah.
2. Ada orang yang mengetahui nikmat
Allah tetapi enggan bersyukur atau melakukan perkara yang menyatakan
syukur. Ini disebabkan mereka
terpengaruh oleh hawa nafsu.
3. Kufur nikmat disebabkan mereka
yang selalu melihat ke atas dan tidak melihat ke bawah. Disebabkan ia
selalu melihat ke atas maka ia biasanya tidak mudah merasa cukup
dengan apa yang dia ada. Dia sentiasa mahu menambah apa yang ada padanya dan
merasa tidak cukup
apa yang ada. Jika ia memandang ke bawah tentu ia merasa syukur kerana ia
mempunyai lebih dari orang lain.
Bencana yang menimpa juga perlu
diterima dengan rasa syukur kerana:
1. Setiap bencana yang menimpa kita
haruslah diterima dengan rasa syukur kerana Allah boleh menimpakan bencana
yang lebih besar.
Sebesar manapun kita menerima bencana, Allah Maha Berkuasa menurunkan bencana
lebih besar. Bersyukurlah kerana kita tidak ditimpakan
bencana lebih besar dari yang kita telah terima.
2. Sesuatu bencana dari Allah di
dunia adalah merupakan kifarat kepada dosa yang kita telah lakukan agar kita
insaf. Bayangkan jika Allah tangguhkan hukumanNya hingga
akhirat, maka kita akan lebih menderita kerana satu hari di akhirat adalah
bersamaan 1000 tahun di dunia serta siksaan di akhirat adalah jauh lebih
mengerikan.Sabda Rasulullah:"Jika Allah menghendaki kebaikan bagi seorang
hambaNya, maka Ia turunkan
siksaanNya di dunia dan jika menghendaki kebinasaanNya, maka ia menangguhkan
dosanya hingga Ia membalasnya
di akhirat." Durratun Nashihin
3. Bencana yang ditimpakan adalah
merupakan peluang untuk seseorang memperolehi ganjaran di sisi Allah iaitu
ganjaran kerana ia bersabar.
Firman Allah "Sesungguhnya orang-orang yang sabar itu akan dipenuhi
pahalanya tanpa ada batas hitungannya." Az Zumar 10.
Keuntungan bagi mereka yang bersyukur
1. Orang yang bersyukur tidak akan
disiksa oleh Allah: Firman Allah: "Mengapa Allah menyiksamu, jika kamu
bersyukur dan beriman?
Allah adalah Maha Mensyukuri lagi Maha Mengetahui." An Nisaa 147
2. Orang yang bersyukur diberi
tambahan nikmat oleh Allah. Firman Allah: Sesungguhnya jika kamu bersyukur,
nescaya akan Ku tambahkan
nikmat Ku dan jika kamu kufur, maka sesungguhnya azabKu amatlah pedih"
Ibrahim 7
3. Orang yang bersyukur akan
merasakan ketenteraman jiwa dan memiliki sifat merasa cukup dengan apa yang
ada (qanaah). Dia tidak merasa
resah gelisah kerana kekurangan yang ada pada dirinya.
4. Orang yang bersyukur menafaatkan
apa yang telah dikurniakan kepadanya sebaik mungkin sebagai suatu nikmat dari
Allah.
Keuntungan bagi mereka yang sabar
1. Mereka memperolehi pahala yang tiada
terkira banyaknya (Firman Allah surah Az Zumar 10)
2. Mereka akan dihapuskan dosanya oleh
Allah. Sabda Rasulullah "Tidak
ada seorang muslim yang terkena suatu gangguan, baik berupa duri atau lebih dari
itu, melainkan Allah akan
menghapuskan kesalahannya dan menggugurkan dosanya sebagaimana gugurnya daun
dari pohon." Riwayat Bukhari dan Muslim.
3. Mereka akan memperolehi kebahagiaan
hidup di akhirat. Sabda Rasulullah: "Allah pasti akan menguji salah seorang
dari kamu dengan sesuatu kesusahan, seperti halnya salah seorang dari kamu menguji emasnya dengan api. Sebahagian
dari mereka ada yang berjaya keluar dari cubaan Allah seperti emas murni dan
sebahagian yang lain ada yang keluar seperti emas yang hitam. Riwayat Tabrani.