Click for home
Home Back
 

IBADAT HAJI DAN UMRAH

PENGENALAN | RINGKASAN HAJI | WAJIB HAJI | ADAB-ADAB SEBELUM MENUNAIKAN HAJI | FALSAFAH HAJI | HAJI MABRUR DAN PENCAPAIANNYA | AMALAN KURAFAT DAN SIFAT-SIFAT TERCELA | HIKMAH HAJI | SEJARAH HAJI | PANDUAN MENJUMPAI BARANG CICIR | Pengalaman Fauziah

PANDUAN LUQATAH DI TANAH HARAM

PENGERTIAN 

Luqatah ialah barang yang tercicir dijumpai dan dipungut tanpa diketahui pemiliknya. 

HUKUM LUQATAH 

  1. Luqatah yang dijumpai di Tanah Suci Makkah Al-Mukarramah hatam dipungut kecuali bagi mereka yang bersedia hendak memaklum atau menghebahkannya sepanjang masa terutamanya di musim haji buat selama-lamanya tentang penemuan itu hingga datang pemilik menuntut dan mengambilnya, ia tidak halal untuk dimiliki oleh pemungut. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : 

“ Haram dipungut barang yang dijumpai ( luqatah ) di Tanah Suci Makkah Al-Mukarramah kecuali mereka yang bersedia untuk menghebahkannya “ 

  1. Luqatah di tempat lain daripada Tanah Suci Makkah boleh dipungut dan wajib dihebahkan bagi satu tempoh waktu yang terbatas. Sesudah itu jika tiada sesiapa ( pemilik ) yang datang menuntut dan mengambil luqatah itu bolehlah si pemungut memilik dan memanfaatkan luqatah setelah berlafaz : 

“ Aku memilik barang ini dengan jaminan sekiranya pemiliknya datang menuntut akan diserahkan luqatah atau harganya jika telah dijual atau mengganti kepada pemunya barang itu jika rosak atau hilang di tangannya “

PANDUAN 

Sebelum dihebahkan pemungutnya hendaklah mencatatkan semua maklumat mengenai maklumat mengenai luqatah dan kemudiannya disimpan di tempat yang selamat dan sesuai. Pemilikan luqatah oleh pemungut adalah buat sementara yang pada bila-bila masa hendaklah diserahkan kepada pemiliknya jika dituntut. Pemungut hanya merupakan pemegang amanah sahaja. 

Apabila Rasulullah S.A.W ditanya mengenai luqatah yang terdiri daripada emas dan matawang, Baginda bersabda yang bermaksud : 

“ Pastikan bungkusan dan pengikatnya. Kemudian umumkan selama satu tahun. Kalau belum engkau umumkan, simpan dan jadikan bahan amanah kepadamu. Kalau satu ketika nanti si pemiliknya datang, maka berikanlah kepadanya” 

PANDUAN LUQATAH DI TANAH HARAM 

LUQATAH

HUKUM MEMUNGUTNYA

TINDAKAN/ PENYELESAIAN

1. Jemaah haji Malaysia menjumpai lencana jemaah haji Malaysia dan bungkusan barang kepunyaan jemaah haji itu di jalanraya semasa balik dari Masjidil Haram

Pada asalnya memungut luqatah di Tanah Haram Makkah hukumnya haram. Oleh kerana barang yang dijumpai itu diketahui pada amnya keupayaan jemaah haji Malaysia dan mudah pula untuk menghebahkan dan ia akan memulangkan luqatah itu kepada empunyanya. Maka sunat ia memungut luqatah itu.

Serahkan lencana dan bungkusan barang luqatah itu kepada Pengarah maktab dengan menyatakan kepadanya di mana dan bila masa luqatah itu ditemui dan dipungut untuk dihebahkan kepada jemaah haji supaya pemilik datang menuntut dan mengambilnya.

2. Seorang jemaah haji Malaysia menjumpai sebuah jam tangan atau barang lain di dalam bilik air bangunan, rumah maktab di mana jemaah haji Malaysia di tempatkan dan ia yakin luqatah itu kepunyaan jemaah haji Malaysia.

Sunat ia memungut luqatah itu sekiranya ia bertujuan untuk menghebahkan dan memulangkan kepada pemiliknya. Haram memungut jika ia tidak bertujuan begitu.

 

1. Jika luqatah itu dipungut makan hendaklah ia menghebahkannya kepada jemaah haji yang tinggal di tingkat yang sama di mana luqatah itu dijumpai dan dipungut dengan dinyatakan sebahagian sifat luqatah, masa , tarikh dan di mana ia ditemui supaya pemiliknya datang menuntut dan mengambilnya.

2. Serahkan luqatah itu kepada Pengarah Maktab dengan dinyatakan di mana dan bila masa ia dijumpai dan minta dihebahkan kepada jemaah haji supaya pemiliknya datang menuntut dan mengambilnya.

3. Jika ia tidak memungut kerana dikhuatiri dirinya kurang amanah maka hendaklah ia memberitahu jemaah haji yang lain yang amanah untuk memungutnya dan hebahkan penemuan luqatah itu atau serahkan kepada Pengarah Maktab dengan dinyatakan di mana dan bila ia dijumpai untuk dihebahkan supaya pemiliknya datang menuntut dan mengambilnya.

3. Jemaah haji Malaysia menjumpai bungkusan plastik wang di lobi bangunan rumah maktab di Makkah

Haram ia memungut bungkusan palstik yang berisi wang itu kerana besar akibatnya atau akan timbul berbagai-bagai tohmahan dan fitnah.

1. Hebahkan kepada jemaah haji yang lalu-lalang di tempat itu berkenaan luqatah itu tanpa diusik.

2. Beritahu Pengarah Maktab berkenaan luqatah itu, sifatnya dan di mana boleh didapati untuk menghebahkan supaya pemiliknya datang menuntut dan mengambilnya.

4. Seorang jemaah haji menjumpai sebuah bungkusan di jalanraya di Makkah.

1. Haram memungutnya kerana kesukaran untuk menghebahkan supaya pemilik datang untuk mengambilnya.

2. Boleh mendatangkan fitnah.

3. Lagi pun tidak diketahui jemaah dari negara manakah pemilik bungkusan itu.

Tinggalkan luqatah tanpa disentuh.

 

 

5. Jemaah haji menjumpai sebuah bungkusan tertinggal didalam Masjidil Haram.

1. Haram memungutnya kerana kesukaran untuk menghebahkannya supaya pemiliknya datang mengambilnya.

2. Boleh mendatangkan fitnah.

3. Lagi pun tidak diketahui jemaah haji dari negara manakah pemilik bungkusan itu.

Tinggalkan luqatah tanpa disentuh.

 

6. Jemaah Haji menjumpai sesuatu menyerupai beg plastik wang di pasar atau membeli-belah di Tanah Haram Makkah.

1. Haram memungutnya kerana kesukaran untuk menghebahkan supaya pemiliknya datang mengambilnya.

2. Boleh mendatangkan fitnah dan berbagai kesulitan kepada pemungutnya.

Jangan diusik. Biarkan luqatah itu di tempatnya

 

7. Jemaah haji Malaysia pergi ke tempat tukaran wang untuk menukar wang Malaysia dengan wang Saudi Riyal. Sementara menunggu wang tukarannya ia terlihat sebilangan wang Saudi Riyal terletak di suatu sudut dan tiada seorang pun di situ.

1. Haram memungutnya kerana sukar untuk menghebahkan supaya pemilik datang menuntut wang itu daripadanya.

2. Adalah payah bagi dirinya menentukan jemaah haji dari negara manakan pemilik wang itu.

Tinggalkan wang itu di situ, jangan diusik.

 

8. Barang-barang jemaah haji yang tertinggal di Lapangan Terbang Jeddah dan di Lapangan Terbang di Malaysia.

Wajib bagi Tabung Haji memungutnya dan menghebahkan dan bergantung kepada jenis-jenis berikut :

1. Yang mudah rosak seperti roti, buah-buahan dan makanan.

2. Yang tidak mudah rosak seperti kain baju, kasut, hamparan dan lain-lain.

3. Barang yang kekal lama seperti emas, perak, tembaga dan seumpamanya.

Memaklumkan melalui radio, televisyen dan akhbar

1. Dihebahkan selama tiga atau empat hari mengiktu kesesuaian.

2. Dimakan atau dibuang

- Apabila tuannya datang menuntut hendaklah diganti dengan membayar harganya. 

Hendaklah disimpan di tempat yang selamat dan dihebahkan kepada orang ramai ditempat-tempat yang munasabah selama satu tahun. Jika tidak dituntut boleh dimiliki dengan lafaz : " Aku jadikan barang ini milikku dan haruslah bagiku memanfaatkan barang tersebut sebagai pemiliknya yang sementara sahaja".

Apabila datang pemilik yang menuntut barang-barangnya maka hendaklah menyerahkan barang-barang tersebut kepada pemiliknya

1. Oleh kerana terlalu besar tanggungjawab orang yang mengambil harta yang dijumpai maka adalah di nasihatkan supaya jemaah haji Malaysia tidak melibatkan dirinya dengan pengambilan-pengambilan harta yang tercicir di Tanah Suci Makkah atau Madinah.

2. Sesiapa yang kehilangan barang/ wang di Masjidil Haram hendaklah melapurkannya kepada Pejabat Polis Masjidil Haram. 

3. Ketua rombongan haji bolehlah melantik seorang atau beberapa orang bagi pihaknya untuk mengendalikan barang yang tercicir itu.

   
 

No Copyright:Any organisation or individual wishing to reprint or copy the contents of this website may do so as long as the information is kept in its original form, names of all authors and sources are kept intact and articles are used for non-malicious purposes. An acknowledgement to this site (daawah.com) would be appreciated.

 
Home | webmaster@adcipta.net | Blog