1. Berkat pada umurnya
2. Bertambah hartanya
3. Kehidupan rumahtangganya akan terjamin
4. Membersihkan diri daripada dosa dan kesalahan
yang telah lalu
5. Amal ibadat serta kebaikannya akan berganda
6. Allah akan memudahkan pada saat kematiannya
7. Allah akan menerangi kuburnya selama berada di
alam barzakh
8. Allah akan memberatkan timbangan amal baiknya
semasa di Mahsyar
9. Selamat daripada kejatuhan kedudukannya di dunia
10. Martabatnya akan dinaikkan pada sisi Allah.
HARI |
KELEBIHANNYA |
1 Zulhijjah |
Kesalahan Nabi Adam diampuni Allah, barang
siapa berpuasa pada hari itu, diampuni Allah akan dosanya. |
2 Zulhijjah |
Doa Nabi Yunus diperkenankan oleh Allah,
barangsiapa berpuasa pada hari itu seolah-olah ia berpuasa setahun dan
tidak pernah berbuat maksiat sedikit pun. |
3 Zulhijjah |
Doa Nabi Zakaria diperkenankan Allah,
barangsiapa berpuasa pada hari itu, diperkenankan Allah segala doanya |
4 Zulhijjah |
Nabi Isa a.s. telah dilahirkan, barangsiapa
berpuasa pada hari itu terhindar ia daripada kefakiran serta kemelaratan
dan pada hari kiamat kelak ia akan tergolong bersama dengan orang-orang
terhormat |
5 Zulhijjah |
Nabi Musa a.s. dilahirkan, barangsiapa berpuasa
pada hari itu terlepas ia daripada sifat munafik serta seksa kubur. |
6 Zulhijjah |
Allah membukakan pintu kebajikan kepada
Nabi-NabiNya, barang siapa berpuasa pada hari itu ia akan dipandang oleh
Allah dengan penuh rahmat dan kasih sayang serta terlepas daripada azab. |
7 Zulhijjah |
Pintu neraka jahanam akan dikunci dan dibuka
semula lewat 10 Zulhijjah. Barangsiapa berpuasa pada hari itu,
dikuncikan Allah baginya 30 pintu kesulitan dan dibukakan 30 pintu
kesenangan. |
8 Zulhijjah |
Nabi Ibrahim bermimpi mendapat perintah dari
Allah supaya menyembelih puteranya Ismail. Seharian ia berfikir apakah
perintah itu datangnya dari Allah atau dari syaitan. Hari itu telah
dinamakan dengan dari "Tarwiya" (Hari berfikir-fikir).
Barangsiapa berpuasa pada hari itu ia akan diberi Allah pahala yang
tidak terhitung jumlahnya, hanya Allah yang mengetahui. |
9 Zulhijjah |
Turun ayat terakhir kepada Rasulullah s.a.w.
yang tersebut dalam surah Al-Ma'idah, ayat 3. Menurut sejarah, 81 hari
setelah ayat ini diturunkan iaitu pada hari Jumaat tanggal 9 Zulhijjah
Tahun 9 H ketika Nabi wukuf di Arafah, baginda pun wafat. Pada hari itu
juga Allah memberitahu kepada Nabi Ibrahim bahawa perintah menyembelih
anak itu sememangnya adalah perintah dariNya bukan dari syaitan. Justeru
hari itu dinamakan hari "Arafah" (Hari tahu). Barangsiapa yang
berpuasa pada hari itu akan diampunkan Allah dosanya setahun yang lalu
dan setahun yang akan datang |
10 Zulhijjah |
Adalah Hari Raya Aidil Adha (korban) dinamakan
juga hari "Nahar" (menyembelih). Barangsiapa berkorban pada
hari itu dengan seekor korban, maka setiap titisan darah yang mengalir
dari leher haiwan itu akan diampuni Allah akan dosanya serta dosa ahli
keluarganya. Barangsiapa yang bersedekah dengan memberi makanan kepada
fakir miskin atau satu sedekah pada hari itu, maka ia akan dibangkitkan
oleh Allah pada hari kemudian dalam keadaan aman dan sentosa serta
timbangan amal baiknya lebih berat daripada Bukit Uhud yang terdapat di
Madinah. |