Mengabdikan diri kepada Allah S.W.T Setiap insan wajib mengabdi dan menghambakan diri kepada Allah. S.w.t kerana mereka dicipta adalah semata-mata untuk beribadah kepada-Nya. Mengabdi bererti menyembah dan menerima segala ketentuan dan segala keputusan Allah s.w.t. Ia juga dapat diertikan sebagai tunduk dan patuh kepada semua titah perintah Allah s.w.t dan menjauhi segala larangan-Nya. Sesungguhnya tidak wajar jika insan menyembah dan mengabdikan diri kepada yang lain selain daripada Allah s.w.t sedangkan mereka telah dijadikan makhluk yang terbaik. Mereka telah diberi peluang seluas-luasnya untuk menikmati pemberian Allah s.w.t sebagai dalam pelbagai bentuk atau cara. Malahan kewujudan mereka di alam buana ini pun adalah juga nikmat kurnia Allah s.w.t. Sebaliknya jika insan itu menyembah dan mengabdikan diri kepada makhluk yang tidak Khalik (yang mencipta) bererti mereka telah melakukan sesuatu perbuatan yang amat keji dan terkutuk. Dengan lain perkataan insan sedemikian bolehlah digolongkan ke dalam golongan orang yang tidak berterima kasih. Di antara laku perbuatan yang boleh menggambarkan pengabdian seseorang kepada Allah s.w.t termasuklah:
Orang yang sentiasa mengabdikan diri kepada Allah s.w.t sentiasa berada dalam keadaan aman dan bahagia sepanjang masa. Disamping itu, setiap pekerjaan dan perkara yang dilakukan oleh mereka juga akan diredai oleh Allah s.w.t.
|
|||
No Copyright:Any organisation or individual wishing to reprint or copy the contents of this website may do so as long as the information is kept in its original form, names of all authors and sources are kept intact and articles are used for non-malicious purposes. An acknowledgement to this site (daawah.com) would be appreciated. |
|||