Ayat 1000
dinar murahkan rezeki (Surah Attholaq 65:3)
Sesiapa yang
mewiridkan ayat 1,000 Dinar, Allah s.w.t akan murahkan rezekinya dan memberi
keberkatan hidup di dunia dan akhirat.
Amalan
membaca ayat ini selepas menunaikan solat fardu lima waktu sebagai usaha untuk
memohon supaya dengan keberkatan ayat itu sendiri, Allah akan melimpahkan
rezeki kepadanya.
Ayat ini
dipetik dari Surah Attholaq 65:3 yang bermaksud: "Barangsiapa yang
bertakwa kepada Allah nescaya memberinya rezeki dari arah yang tidak
disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah
akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang
dikehendakinya). Sesungguhnya Allah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap
sesuatu".
Ayat ini
daripada Rijalu'Ighaib, diberikan kepada seorang lelaki di tengah lautan
dengan hadiah l,000 dinar.
Siapa yang
mewiridkan membacanya setiap kali sesudah menunaikan solat fardu lima waktu,
nescaya Allah murahkan rezekinya dan ia bakal mencapai kemuliaan di dunia dan
di akhirat.
Barang siapa membaca ayat ini
sesudah menunaikan solat fardu dengan bilangan ganjil iaitu satu, tiga, lima,
tujuh, sembilan atau 11 dan seterusnya, nescaya akan ditolak kesulitan yang
dihadapinya. Sebaliknya Allah s.w.t akan melapangkan urusannya dan pengamalnya
berasa tenang dan pergaulan seharian serta bekerja menjadi mudah.