Click for home
Home Back

BUKTI QURAN SECARA SAINTIFIK

Fakta-fakta saintifik dari ayat-ayat Al-Quran telah membuktikan kesahihan Al-Quran sebagai benar-benar dari Allah SWT.

Al-Quran, Al-Israa, 17:88 Katakanlah: "Sesungguhnya jika manusia dan jin berkumpul untuk membuat yang serupa Al Qur'an ini, nescaya mereka tidak akan dapat membuat yang serupa dengan dia, sekalipun sebahagian mereka menjadi pembantu bagi sebahagian yang lain".

Berikut ini adalah sebahagian dari penemuan seorang ahli sains Islam baru-baru ini. Dr. Tariq Al-Suwaidan, seorang sarjana dan anggota Ikhwan-ul-Muslimin yang terkenal, Islamic Gateway dan ummah.net telah mengkaji hal ini.

Penemuan ini berdasarkan data statistik terhadap kalimat-kalimat tertentu dalam Al-Quran. Keputusannya diumumkan melalui internet dan terdapat di beberapa halaman web.

Penemuan berupa data statistik ini sungguh menarik dan menakjubkan, bukan saja kepada umat Islam tetapi juga diluar Islam, tetapi terutama kepada sarjana-sarjana sains.

Penemuan yang membuktikan Kitab Suci ini benar-benar mukjizat dari Allah Yang Maha Kuasa dan tidak dapat dicipta oleh akal manusia.

 

Penemuan itu sebagai berikut:

1. Jumlah suatu kata dalam Al-Quran ternyata sama dengan jumlah lawan katanya.

Perkataan         Erti         Jumlah         Perkataan         Erti         Jumlah

Al-Dunya         Dunia            115         Al-Akhira         Akhirat         115

Al-Malaikah     Malaikat         88         Al-Shayateen     Syaitan         88

Al-Hayat         Hidup             145         Al-Maut         Kematian         145

Al-Rajul         Lelaki             24         Al-Marha         Perempuan         24

 

2. Jumlah kata dibawah ini menunjukkan jumlah bulan dan hari dalam satu tahun, sesuai lamanya revolusi bumi mengelilingi matahari.

Al-Shahar Bulan 12

Al-Yaom Hari 365

 

3. Perbandingan luas permukaan daratan dan lautan pada Bumi.

Al-Bahar Laut 32

Al-Bar Darat 13

 

32+13=45, maka:

32/45 X 100% = 71.111 %

13/45 X 100% = 28.888 %

Saat ini diketahui bahawa luas permukaan lautan terhadap luas permukaan bumi adalah 70%, dan daratan adalah 30%! Satu mukjizat luar biasa di dalam Quran!

 

 

No Copyright:Any organisation or individual wishing to reprint or copy the contents of this website may do so as long as the information is kept in its original form, names of all authors and sources are kept intact and articles are used for non-malicious purposes. An acknowledgement to this site (daawah.com) would be appreciated.

Home | webmaster@adcipta.net | Blog