KEBESARAN AYAT KURSI
Ayat ini diturunkan setelah
hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana
kebesaran dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana
adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s.a.w. dengan segera
memerintahkan Zaid b Tsabit menulis serta menyebarkannya.
Sesiapa yang membaca ayat
Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan
petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, insyaAllah akan
terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas
yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga
akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t.
Mengikut keterangan dari
kitab "Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari
sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah,
dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga
semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana
dengan izin Allah.
Syeikh Abu Abbas ada
menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air
hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya
serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.
Untuk amalan kita semua.....
Fadhilat Ayat Al-Kursi
mengikut Hadis-Hadis
* Rasullullah s.a.w. bersabda
bermaksud: "Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah
hilangkan segala kefakiran di depan matanya.
* Sabda baginda lagi;
"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian
berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada
kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."
* Orang yang selalu membaca
ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana Dia memelihara Nabi
Muhammad SAW.
* Mereka yang beramal dengan
bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada
gangguan serta hasutan syaitan.
* Pengamal ayat Kursi juga,
dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi
menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.
* Mengamalkan bacaan ayat
Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.
* Ayat Kursi yang dibaca
dengan penuh khusyuk, insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
* Jika anda berpindah ke
rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda
membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga
terhindar daripada gangguan lahir dan batin.
* Barang siapa membaca ayat
Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang
Malaikat memeliharanya hingga subuh.
* Barang siapa membaca ayat
Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan
Allah hingga sembahyang yang lain.
* Barang siapa membaca ayat
Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya,
rumah jirannya & ahli rumah-rumah di sekitarnya.
* Barang siapa membaca ayat
Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia
hati-hati orang yang bersyukur perbuatan-perbuatan orang yang benar, pahala
nabi-nabi juga Allah melimpahkan padanya rahmat.
* Barang siapa membaca ayat
Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat
kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
* Barang siapa membaca ayat
Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan
rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga
mati syahid.
* Barang siapa yang membaca
ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi
pertolongan kepadanya, dari Abdullah bin 'Amr r.a.