Membaca
Al-Quran
Aisyah r.a
meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: " Seseorang yang
ahli di dalam al-Qu'ran akan berada di kalangan para malaikat yang mana mereka
itu adalah pencatit- pencatit mulia dan lurus, dan seseorang yang tidak lancar
di dalam membaca al-Qu'ran dan terpaksa bertungkus-lumus mempelajarinya akan
mendapat ganjaran yang dua kali ganda,"
Keterangan
"Seseorang
yang ahli di dalam al-Quran" bermakna
seseorang yang cekap menghafal dan juga membacanya. Adalah lebih terpuji jika
seseorang itu menguasai makna dan juga kepentingannya."
“Akan
berada di kalangan malaikat-malaikat" bermakna seumpama malaikat-malaikat yang memindahkan al-Qu'ran daripada Luh
Mahfuz (kitab yang terpelihara di sisi Allah), ia juga menyampaikannya kepada
orang lain melalui pembacaannya, dengan ini kedua-duanya mempunyai pekerjaan
yang sama, atau ia akan berada bersama-sama dengan malaikat-malaikat di hari
pengadilan.
Seseorang yang
tidak lancar akan mendapat ganjaran dua kali ganda. Satu untuk pembacaannya dan
satu lagi kerana usahanya membaca al-Quran walaupun ia tersekat-sekat beberapa
kali. Ini tidaklah bermakna bahawa ganjaran untuknya akan melebihi daripada
seseorang yang ahli. Ganjaran untuk orang yang ahli yang dinyatakan adalah
begitu tinggi sekali sehingga ia akan berada di kalangan para malaikat yang
khusus. Penjelasannya adalah bahawa di dalam usahanya membaca al-Quran di
samping segala kesukaran-kesukaran dan pembacaan yang tersekat-sekat akan
mendatangkan ganjaran yang berasingan. Dengan demikian, membaca al-Quran
sepatutnya janganlah ditinggalkan.
Mulla Ali Qari
telah mengeluarkan semula daripada riwayat Tabrani dan Baihaqi bahawa seseorang
yang payah untuk menghafal al-Quran tetapi terus juga mempelajarinya di dalam
hati akan mendapat dua kali ganda ganjarannya. Begitulah juga seseorang yang
ingin untuk menghafalnya tetapi tidak ada kebolehan untuk melakukannya, tetapi
tidak berputus asa daripada membacanya akan dikira oleh Allah Yang Maha Kuasa
sebagai termasuk di kalangan para hafiz (huffaz) di hari Kebangkitan semula
kelak.