SURAH AL-QASHASH AYAT 68-70
Menghadapi Orang Zalim
Orang zalim adalah orang yang suka
berbuat aniaya, mementingkan diri sendiri. Dia mahu berbuat apa saja yang
merugikan orang lain asal apa yang dikehendakinya dapat tercapai. Memang
berbahaya sekali menghadapi orang zalim. Tetapi dengan kebesaran Allah dan
izinNya kita dapat mengatasinya sehingga selamat dari kezaliman mereka. Untuk
itu, cubalah amalkan petunjuk di bawah ini:
1) Hadapilah orang zalim itu dengan
tenang, hilangkan perasaan takut dan ragu-ragu tetapi jangan ikut emosi.
2) Sebelum menghadapi mereka bacalah
ayat di bawah ini 7 kali. Insya Allah, orang zalim yang kita hadapi akan
lemah, tidak berani melakukan kekerasan dan sewenang-wenangnya. Sebaliknya apa
yang kita kehendaki dari mereka akan kita perolehi.
Ayat yang dibaca:
Maksudnya : [68] Dan Tuhanmu
menciptakan apa yang dirancangkan berlakunya, dan Dia lah juga yang memilih
(satu-satu dari makhlukNya untuk sesuatu tugas atau keutamaan dan kemuliaan);
tidaklah layak dan tidaklah berhak bagi sesiapapun memilih (selain dari pilihan
Allah). Maha Suci Allah dan Maha Tinggilah keadaanNya dari apa yang mereka
sekutukan denganNya. [69] Dan Tuhanmu mengetahui akan apa yang terpendam dalam
hati mereka dan apa yang mereka zahirkan. [70] Dan Dia lah Allah tiada Tuhan
melainkan Dia. Segala puji tertentu bagiNya, di dunia dan di akhirat; dan
hanyalah Dia yang berkuasa menghukum, serta kepadaNyalah kamu semua
dikembalikan.
Demikianlah rahsia yang terkandung di
dalam surah Al Qashash ayat 68-70. Percayalah bahawa kebenaran pasti menang
meskipun harus menghadapi dengan perjuangan yang amat berat.