FADHILAT SURAH SAJDAH
SURAH As-Sajdah
(bererti sujud) adalah surah yang ke 32 dalam Al-Quran mengandungi 30 ayat. la
dinamakan As-Sajdah kerana terdapat ayat yang menerangkan perihal orang-orang
yang beriman, apabila mendengar ajaran kitab Allah lalu sujud sebagai bersyukur
atas segala nikmat Allah. Selain dari itu ditegaskan dasar tauhiddan dalil-dalil
yang membuktikan keesaan Allah, disamping mengurniakan taufiq dan hidayah kepada
umat Islam.
Surah As-Sajdah
adalah di antara beberapa surah di dalam Al-Quran yang mengandungi ayat Sajdah
iaitu ayat yang disunatkan Sujud Tilawah bagi seseorang yang sedang membacanya,
sama ada ketika solat atau tidak.
Terdapat
beberapa Hadis Rasulullah SAW yang menerangkan fadhilat, faedah dan hikmah untuk
mereka yang mengamalkan membaca Surah As-Sajdah ini.
Baginda
tidak akan tidur sebelum membaca Surah ini dan Surah Al-Mulk.
Melindungi
pembacanya dari seksa kubur.
Mendapat
pahala yang besar seperti pahala mereka tetap solatnya pada malam
lailatul-qadar.
Mendapat
hidayah ilmu yang yakin.
Dikurniakan cahaya (nur)
pada dirinya semasa ia mati.
Surah ini dibaca oleh imam di
kebanyakan surau dan masjid pada pagi Jumaat di dalam solat subuh. Dengan
menghadiri solat subuh tersebut, insyallah, hikmah dan fadhilat akan diperolehi.