Apabila orang
lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.
Jika orang
tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
Jika orang
belum berkahwin akan mendapat jodoh.
Jika dalam
ketakutan boleh hilang perasaan takut.
Jika terpenjara
akan dibebaskan.
Jika musafir
membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
Jika tersesat
boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
Jika dibacakan
kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
Jika orang yang
dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
Jika dibacakan
kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
Rasulullah
s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati
al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin, nescaya Allah
menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
Sabda
Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca
surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama
Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan
ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
Malaikat Maut
tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang
Malaikat Ridhwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya
alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia
dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
Rasulullah
s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada
malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka,
Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan
menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70
orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia
adalah orang-orang yang munafik”.