Solat menggugurkan dosa Abu Zar r.a meriwayatkan bahwa ada sekali Rasulullah s.a.w keluar dari rumahnya. Pada masa itu ialah musim daun-daun gugur. Baginda ambil ranting sebatang pohon yang daun-daunnya mulai gugur dengan lebatnya, seraya Baginda s.a.w bersabda, "Ya Abu Zar! Apabila seorang Islam menunaikan solatnya kerana ALLAH, dosanya gugur seperti daun-daun ini gugur dari pohon ini". Biasanya di musim daun-daun gugur, lebatlah daun-daun gugur dari pohonnya sehingga pada setengah-setengah pohon tak ada sehelai daun pun yang tinggal. Begitulah kesannya solat yang dilaksanakan dengan penuh khusyuk dan tawaduk.Segala dosa yang dilakukan oleh seseorang yang bersolat adalah dihapuskan. Bagaimanapun hendaklah diingat menurut ahlul kalam hanya dosa-dosa kecil saja yang terampun dengan solat. Dosa-dosa besar tidaklah terampun tanpa bertaubat. Oleh itu, patutlah kita, disamping bersolat, jangan lupa beristighfar dan bertaubat. Semoga ALLAH s.w.t dengan limpah rahmatNya, mengampun juga dosa-dosa besar yang terlaku oleh seseorang berkat solatnya kerana ALLAH.
|
||
No Copyright:Any organisation or individual wishing to reprint or copy the contents of this website may do so as long as the information is kept in its original form, names of all authors and sources are kept intact and articles are used for non-malicious purposes. An acknowledgement to this site (daawah.com) would be appreciated. |
||