-
Sembahyang diabaikan
(diringan-ringankan).
-
Keinginan nafsu syahwat
digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah
atau filem.
-
Penjenayah menjadi pemimpin dan
kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang
menyesatkan pengikutnya.
-
Perkara benar menjadi salah dan
salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana
yang haram dianggap halal serta sebaliknya.
-
Berbohong menjadi satu keperluan
dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.
-
Membayar zakat (harta, perniagaan
dan pendapatan) dianggap beban.
-
Orang yang hidup mengikut
kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat
berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.
-
Turun hujan di luar musimnya dan
hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.
-
Fenomena lelaki berkahwin dengan
lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian)
semakin menjadi-jadi.
-
Perempuan menguasai lelaki dengan
memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.
-
Anak-anak mengingkari dan
menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).
-
Kawan baik dilayan dengan kasar,
manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh
dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.
-
Dosa dipandang ringan malah
bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki
dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.
-
Masjid dihias indah tetapi
kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang
berharga.
-
Ramai yang sembahyang tetapi
munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut
suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,
-
Akan datang golongan manusia dari
Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya
seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.
-
Al-Quran dicetak dengan indah
tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan
kehendaknya.
-
Amalan riba berleluasa hingga
orang alim pun terjebak sama.
-
Darah manusia tidak berharga,
sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.
-
Penganut Islam tidak mahu
mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.
-
Akan bertambah banyak penyanyi
wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).
- Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan
tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin
bermaksud meminta sedekah.