CARA
MEMPERKUKUHKAN TALI PERSAUDARAAN
Agama Islam
telah meletakkan dasar-dasar praktis dan cara yang positif dalam usaha
memperkukuhkan ikatan cinta kasih dan dalam memperdalamkan roh ukhwah. Jika
peraturan-peraturan ini di pegang teguh oleh umat Islam maka persaudaraan
(ukhwah) itu akan semakin kukuh. Beberapa panduan untuk tercapainya kekukuhan
roh ukhwah cara persaudaraan :
MEMBERITAHU
KEPADA SAUDARA YANG DICINTAINYA - Rasulullah SAW bersabda ertinya: "Apabila seseorang mencintai
saudaranya maka hendaknya ia memberitahu kepadanya." HR Abu Daud dan
Tirmizi.
BERDOA UNTUK
MEREKA - Menurut
riwayat Muslim bahawa Rasullah bersabda: "Tidak
seorang hamba mukmin berdoa untuk saudaranya dari kejauhan kemungkaran
melainkan malaikat berkata; dan bagimu juga seperti itu."
MEMBERI
SENYUMAN KETIKA BERTEMU - Seperti yang disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan dari Abu Dzar
r.a bahawa Rasulullah bersabda ertinya: "Janganlah engkau remehkan
kebaikan apa saja (yang datang dari saudaramu). Dan jika engkau berjumpa
saudaramu maka berikan dia senyuman kegembiraan." (HR Muslim)
BERJABAT
TANGAN BILA BERTEMU - Rasulullah SAW menganjurkan umatnya bila bertemu dengan saudara-saudara
agar cepat-cepatlah berjabat tangan sesuai dengan hadis yang diriwayatkan Abu
Daud dari Barra: "Tidak
ada dua orang mukmin yang berjumpa lalu berjabat tangan melainkan keduanya
diampuni dosanya sebelum berpisah."
MENGUNJUNGI
SAUDARA - Dalam
kitabnya Al Muwathtaa Iman Malik meriwayatkan: Bersabda Nabi Muhammad SAW
bahawa Allah berfirman : "Pasti
akan mendapat cintaku orang-orang yang mencintai kerana Aku, dimana keduanya
saling berkunjung kerana Aku dan saling memberi kerana Aku."
MENYAMPAIKAN
UCAPAN SELAMAT - Diriwayatkan
oleh Anas bin Malik ra bahawa Rasulullah SAW bersabda ertinya: "Barangsiapa
mengucapkan selamat kepada saudaranya ketika saudaranya mendapat kebahagiaan
nescaya Allah menggembirakan pada hari kiamat." (HR Tabrani).
Rasulullah SAW pernah mengajar hal tersebut seperti dicontohkan dalam hal-hal
sebagai berikut:
Berkenaan
dengan kelahiran anak: "Semoga anda diberkati atas pemberianNya itu dan bersyukur dengan
Yang Memberi Rezeki mulai dari kelahiran dilimpahi dengan kebaikan hingga
hari tuanya." (HR Husein bin Ali RA)
Apabila
kembali dari menunaikan haji: "Semoga Allah menerima hajimu, mengampuni dosamu, dan menggantikan
nafkahmu.” (HR Ibnu Sunni dari Ibnu Umar RA)
Bila salah
seorang saudara menikah : "Mudah-mudahan Allah mengekalkan keberkatan atasmu dan
mengumpulkanmu berdua di dalam kebaikan." (HR Abu Daud dan Tirmizi
dari Abu Hurairah)
Ucapan
Selamat Aidil Fitri : Semoga Allah menerima amal kita, membalas kebaikan saudara dengan ucapan
selamat: "Semoga Allah memberkatimu, keluargamu, hartamu, dan
mudah-mudahan Allah membalas kebaikan kepadamu." (HR Nasa' dari
Ibnu Majah)
MEMBERI
HADIAH - Imam
Dailami meriwayatkan dari Anas dengan marfu' bahawa Rasulullah SAW bersabda
ertinya: "Hendaklah kalian saling memberi hadiah kerana hadiah itu
dapat mewariskan rasa cinta dan menghilangkan kekotoran hati." Dalam
hadisnya marfu, Imam Thabrani meriwayatkan dari Aisyah RA bahawa Rasulullah
bersabda ertinya: "Biasakanlah
kamu saling memberi hadiah nescaya kamu akan saling mencintai."
MEMPERHATIKAN
KEPERLUAN SAUDARA - Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra. Bahawa Rasulullah SAW bersabda ertinya: "Siapa yang meringankan beban penderitaan seorang mukmin di dunia
pasti Allah akan meringankan beban penderitaannya di akhirat kelak. Siapa yang
memudahkan orang dalam keadaan susah pasti Allah akan memudahkan urusannya di
dunia dan akhirat. Siapa yang menutupi aib seseorang muslim pasti Allah akan
menutupi (aibnya) di dunia dan akhirat. Dan Allah akan selalu menolong
hambaNya jika hamba tersebut menolong saudaranya." (HR Muslim)
MENEGAKKAN
HAK-HAK PERSAUDARAAN - Untuk memperkukuhkan ukhwah maka adalah wajib bagi kita untuk menunaikan
hak-hak yang dimiliki saudara lain, seperti menziarah saudaranya yang sakit,
mendoakannya ketika bersin, dan menolong bagi yang teraniaya (dizalimi).
Oleh kerana
itu adalah tidak perlu ragu lagi bagi kita bila seorang muslim memberitahu
saudaranya bahawa ia mencintainya, membiasakan mendoakan saudaranya dari jauh,
bersikap senang apabila berjumpa dengan saudaranya, membiasakan berjabat
tangan bila berjumpa, mengucapkan salam, memberi hadiah, saling menziarahi.
Maksud dari semua itu adalah tidak lain untuk menunjukkan rasa cinta kasih
sekali gus untuk mempereratkan ukhwah bila dalam melaksanakannya adalah
betul-betul ikhlas kerana Allah SWT.