1. Senyum
itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu
lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan
manusia menghilangkan maruah diri.
2. Setiap
kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan
diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi.
3. Syukur
nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit
dilaksanakan.
4.
Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian.
Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa,
kecuali orang yang mukmin.
5. Di
antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat
marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang
leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya
di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada
tanda-tanda kesal di atas kesalahan.
6. Orang
yang sudah hilang sifat marah (dayus), cepat melahirkan sifat marah (lemah
mujahadah). Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di
tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.
7. Tahu
diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itu penghayatan,
yang kedua inilah akan lahir sifat tawaduk, malu, khusyuk, takut, hina dan
lain-lain lagi sifat kehambaan.
8. Jika
kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi
untuk dibanggakan.
9. Lahirkan
kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus
hati kita dengan ALLAH, ini adalah hakNYA pula.
10.Apabila
rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada
kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.