DOSA KECIL MENJADI DOSA BESAR
Kita tidak boleh memandang endah tak
endah terhadap dosa-dosa kecil yang kita lakukan kerana ia dapat juga
berkembang dan berubah menjadi dosa besar dengan adanya berbagai sebab iaitu:
1. Kerana
dosa kecil itu dikerjakan terus-menerus atau dikekalkan sahaja mengerjakannya
tanpa ada hentinya.
Seperti halnya titisan air yang
berulang kali jatuh di atas batu, lama kelamaan tentulah berbekas pula.Tetapi
tidak akan berbekas jika batu itu dituangi air berapa pun
banyaknya dengan sekali tuang!
Dalam soal amal baik, Rasulullah
S.A.W pernah bersabda yang bermaksud: "Sebaik-baik amal itu ialah
yang terkenal atau yang paling rutin mengerjakannya, sekalipun hanya sedikit. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
2. Kerana adanya anggapan kecil
pada dosa yang dilakukannya.
Jika seseorang menganggap dosa yang
dilakukannya besar, maka disisi Allah dianggap kecil, dan jika seseorang itu
menganggap dosa yang dilakukannya kecil, maka disisi Allah dipandang besar.
Sebabnya ialah kerana anggapan besar itu timbul dari hati yang sebenarnya
tidak suka melakukannya
atau ingin menjauhinya. Kalau akhirnya dosa itu dikerjakan juga, hal ini
berlaku sebab hebatnya godaan dan lain
sebagainya. Ketidaksukaan melakukan inilah yang menyebabkan dosa yang
dikerjakan sangat sedikit meninggalkan bekas dalam hatinya.
Sebaliknya jika dosa itu dianggap
kecil oleh yang melakukannya, tidak lain sebabnya ialah kerana hatinya amat
condong melakukannya.
Kecondongan inilah yang menyebabkan dosa yang dikerjakanya sangat berbekas
dalam hatinya. Selain
itu, sikap memandang kecil akan dosa mempunyai kesan negatif. Orang menjadi
tidak takut lagi untuk berbuat dosa dan kurang peduli terhadap
dosa.
3. Kerana dosa kecil itu dilakukan
dengan senang hati dan merasa nikmat.
Sebabnya ialah kerana dosa yang
dikerjakan dengan gembira dan nikmat, ia akan terbuku di dalam batin, bahkan
juga akan
menimbulkan kehitaman yang amat sangat dalam kalbu. Tidak ada rasa penyesalan
dan selalu ingin mengulanginya kembali.
Perasaan berbahgia di dalam dosa satu hal yang sangat buruk.
4. Kerana dosa kecil itu dilakukan
dengan perasaan aman/bebas dari balasan Allah.
Sebetulnya perbuatan apa pun samada
besar atau kecil tidak mungkin terlepas dari pengawasan Allah. Allah teramat
teliti mengawasi segala sesuatu.
Hanya orang yang bodoh/sesat sahaja yang merasa dirinya aman/bebas dari
pengawasan Allah. Walaupun (nampaknya) aman dari balasan Allah, barangkali kerana Allah
memang menangguhkan balasan itu sebagai kemurkaanNya, agar dengan demikian
makin banyak lagi dosa yang
dikerjakannya dan akan dibalas di akhirat kelak. Perasaan aman dari
pengawasan/balasan Allah, meyebabkan seseorang itu berterusan berkecimpung
dalam dosa dan noda dan semakin berani
melakukanya.
5.Kerana dosa kecil itu
diberitahukan atau diperlihatkan kepada orang lain.
Adakalanya dosa itu dilakukan dengan
tidak diketahui orang lain, tetapi kemudian diberitahukan kepada orang lain.
Dan ada kalanya pula waktu
melakukannya memang di hadapan orang lain. Orang
yang demikian telah melakukan dua macam pelanggaran. Dosanya kerana melakukan
kesalahan dan dosa memperlihatkan kesalahan kepada orang. Sebenarnya dosa yang
dikerjakan menjadi rahsia dirinya sendiri sebab hanya
dia sendiri dan Allah yang mengetahui. Begitu juga dosa yang sebenarnya dapat
dilakukan dengan
diam-diam dengan tidak diketahui orang lain, mengapa dilakukan di muka orang
lain?
Jadi pelanggaranya yang pertama,
kerana ia melakukan kemaksiatan itu dan pelanggarannya yang kedua kerana cara
ia melakukan dosanya
itu dapat menggerakkan keinginan buruk orang lain untuk menirunya. Dengan
begitu, satu perbuatan kemaksiatan menyebabkan dua bentuk dosa. Itulah
sebabnya dosa kecil berkembang menjadi dosa yang besar.
6. Kerana dosa kecil itu dilakukan
oleh orang alim yang mempunyai banyak pengikut.
Orang yang alim mempunyai pengaruh besar kepada para
pengikutnya.Kerana itu dosa yang dikerjakannya kemungkinan besar akan diikuti pula oleh para pengikutnya
.Inilah yang menyebabkan dosa kecil tadi berubah menjadi dosa besar.
Dalam sebuah hadis disebutkan: "Siapa menciptakan sunnah yang
buruk, dia menanggung dosa atas perbuatannya itu dan juga dosa orang lain yang
meniru melakukannya tanpa
dikurangi dosa orang lain itu sedikit pun" Tetapi
sebagaimana berlipat gandanya dosa yang dilakukan oleh orang alim itu, maka
berlipat ganda pulalah kebaikan yang dibuat olehnya,apabila
banyak orang yang mengikut dan melanjutkan amal baiknya itu.