KISAH KUCING
TAK KENANG JASA. MANUSIA?
Telah lalu
seorang hakim di hadapan rumah seorang lelaki yang sedang memukul seekor
kucing. Lalu hakim itu bertanya sebab ia memukul kucing tersebut. Dijawabnya
bahawa ia telah menjumpai kucing itu di suatu lorong dalam keadaan kesejukan
dan lemah. Ia mengambilnya dan memberi makan minum hingga benar-benar
sihat.Tetapi setelah itu, kucing berkenaan telah membuang najis merata-rata di
dalam rumahnya.
Hakim
tersebut barkata, "Inilah ibarat dan peringatan Allah kepada kita. Dia
memelihara kita daripada kecil dengan rezeki, pakaian dan segala-galanya.
Tetapi setelah begitu banyak nikmat diberikan, kita kembali durhaka kepada
Allah dengan meninggalkan suruhannya dan melakukan apa yang dilarangNya.
Tetapi Allah tetap memberi kita rezeki dan rahmatnya walaupun kita derhaka dan
engkar. Dia masih belum menyiksa dan memukul kita."
Apa pandangan anda? Adakah
kita seperti kucing tersebut atau lebih teruk lagi?