MALAS
BERIBADAH KEPADA ALLAH S.W.T
Konsep malas
beribadah adalah merangkumi seseorang yang malas mengerjakan solat, segan untuk
menempatkan diri di saf pertama, enggan mencari ilmu pengetahuan dan berat
melangkah untuk menghadiri majlis kebajikan.
Di zaman
Rasulullah S.A.W orang-orang munafik sama-sama mengerjakan solat bersama baginda
tetapi mereka malas dan tidak menampakkan kesungguhan. Firman Allah: "Sesungguhnya
orang-orang munafik itu menipu Allah, sedang Allah menipu mereka (membalas
tipuan mereka). Apabila mereka berdiri hendak solat, mereka berdiri dengan malas
serta riak terhadap manusia dan mereka tiada mengingati Allah, melainkan hanya
sedikit." (Al-Nisa: 142) Orang munafik jika datang ke masjid, dia akan
memilih saf yang paling akhir sehingga tidak mengetahui apa yang dibaca oleh
imam dalam solat dan tidak menghayati pengajarannya.
Contoh bagi
masa sekarang ialah solat Jumaat. Terdapat ramai yang sengaja lambat menghadiri
masjid supaya tidak lama menunggu khutbah habis dan kalau datang awal, saf-saf
di dalam masjid tidak di penuhi, kawasan di luar masjid yang digemari. Semoga
kita tidak termasuk di dalam golongan tersebut.