Manusia pasti
mati
Baginda Rasullullah S.A.W berkata: "Apabila telah sampai ajal seseorang itu
maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam
badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya
sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang
lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya
mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik
rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan
akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari
dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang
itu."
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi: "Kalau orang yang nazak itu orang yang
beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya di sebelah kanan
sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila
orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang
berada di sekelilingnya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan
melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. Kalau orang yang nazak
itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelah kiri.
Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa
itu orang itu tidak lagi melihat orang sekelilingnya. Ini adalah kerana
terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.”
Dari sebuah hadis bahawa apabila
Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah
malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari
arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:
"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini
kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T."
Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada
Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.
Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu
cabutlah rohnya dari arah lain."
Sebaik saja malaikat maut mendapat
perintah Allah S.W.T maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin
dari arah tangan. Maka berkata tangan: "Tidak ada jalan bagimu untuk
mencabut roh orang mukmin dari arah ini sebab tangan ini telah mengeluarkan
sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis
ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh
orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki.
Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: "Tidak
ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik
mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri
majlis-majlis ilmu." Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang
mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga.
Sebaik saja malaikat maut menghampiri
telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah
ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir."
Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi
baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan
bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan
kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah."
Setelah gagal maka malaikat maut
kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:
"Wahai malaikatKu, tulis Asma(nama)Ku di telapak tanganmu dan
tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat
perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan
menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya
kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.
Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang
ke mana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:
"Roh itu menuju ketujuh tempat:
1. Roh para Nabi dan utusan menuju
ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga
Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia
menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan
seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa
akan tergantung di udara tidak dibumi dantidak di langit hingga hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman
akan berada di gunung dari minyak misik (wangian).
7. Roh orang-orang kafir akan
berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa beserta jasadnya hingga sampai
hari Kiamat."
Telah bersabda Rasullullah S.A.W
:"Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat
pada hari mereka keluar dari kuburnya :
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah."