MELAKSANAKAN
URUSAN DI TEMPAT KERJA
Tiap Urusan
Perlu Di Bawa Bermesyuarat.
Firman Allah: “Dan
juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut dan menyambut
perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna; dan urusan mereka
dijalankan dengan cara bermesyuarat sesama mereka, dan mereka pula mendermakan
sebahagian dari apa yang kami beri kepadanya.” (As-Syuara: 38).
Mesyuarat
Terlebih Dahulu Sebelum Melakukan Sesuatu.
Sabda
Rasulullah: “Sesiapa yang hendak melakukan sesuatu urusan umat Islam
hendaklah bermesyuarat nescaya Allah akan memberi taufiq bagi memperelokkan
urusan mereka” (Riwayat At-Tabrani)
Memberi
Pandangan Yang Boleh Mendatangkan Kebaikan
Sabda
Rasulullah: “Orang yang diminta nasihatnya adalah orang yang dipercayai,
dan jika ia memberi nasihat maka di berikan nasihat yang ia sendiri ingin
melaksanakan untuk dirinya sendiri.“ (Riwayat At-Tabrani).
Minta Bantuan
Dari Orang Yang Lebih Arif.
Sabda Rasulullah: “Hendaklah
kamu meminta pandangan daripada cerdik pandai nescaya kamu akan mendapat
petunjuk dan janganlah kamu mengingkarinya, nescaya kamu menyesal” (Riwayat
Al-Khatib)