PAHALA YANG DAPAT
DINIKMATINYA SELEPAS MATI
Dari Anas r.a. berkata bahawa
ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.
Sesiapa
yang mendirikan masjid maka ia tetap mendapat pahalanya selagi masjid itu
digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.
Sesiapa
yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.
Sesiapa
yang menulis mushaf dan ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang
membacanya.
Orang yang
menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.
Sesiapa
yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau
burung.
Mereka yang
mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang
mempelajarinya.
Orang yang
meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang
tuanya dan beristighfar baginya yakni anak yang selalu diajari ilmu
Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu
mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.
Abu Hurairah r.a. berkata,
Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu,
maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :
Sedekah yang berjalan terus
(Sedekah Amal Jariah)
Ilmu yang berguna dan
diamalkan.
Anak yang soleh yang
mendoakan baik baginya.