Tidak adanya iman atau lemahnya iman
seseorang.
Percampuran antara iman dan syirik.
Kurangnya kesedaran bahawa dalam usaha
manusia ada ketentuan Allah yang Maha Berkuasa. Manusia hanya sebagai makhluk
yang diciptakan dan berada dalam kekuasaanNya. Firman Allah Ertinya : "Dan
kepunyaan-Nyalah apa-apa yang di langit dan di bumi, semua makhluk tunduk
kepadaNya" (Surah al-Rum : 26)
Umat Islam kurang menghayati dan
mengamalkan kehidupan berumah tangga berlandaskan ajaran Islam.
Ibu bapa atau penjaga kurang memberi
perhatian ilmu pengetahuan dan pendidikan keagamaan kepada anak di samping ilmu
pengetahuan yang lain.
Kebebasan dalam pergaulan tanpa
didasari dengan keimanan sehingga boleh mempengaruhi manusia melakukan perkara
yang haram mengikut hukum syarak.
Manusia terlalu membanggakan ilmu
pengetahuan hasil daripada pemikiran akal manusia tanpa disertai iman sedangkan
pemikiran manusia amat terbatas.
Pengaruh makanan dan minuman haram ke
atas umat Islam secara sedar atau tidak sedar.
Adanya penyakit rohani yang
membahayakan dan merosakkan peribadi dan martabat manusia seperti hasad, dengki,
khianat, dusta, takbur, riak dan sebagainya.
Kurangnya kesedaran rasa syukur sewaktu
mendapat nikmat Allah S.W.T. dan terlalu mementingkan urusan duniawi.
Sentiasa diselubungi perasaan bersalah
atau berdosa kerana telah melakukan perbuatan terkutuk yang bertentangan dengan
hati nuraninya sehinga terjadi konflik batin. Konflik batin ini menyebabkan
gangguan fikiran seperti tidak tenteram dan tertekan.