Valentine's Day: Kehadiran Mu Tidak
Diundang
Kenapa Masih Menyambut Hari
Valentine? Adakah ia merupakan hari yang istimewa? Adat? Atau hanya ikutan
semata-mata. Ataupun, adakah hari-hari kebesaran yang dianugerahkan oleh Allah
SWT tidak mencukupi?
Kita perlu memahami sejarah dan
tujuan perayaan tersebut sebelum melibatkan diri ke dalam sesuatu yang mungkin
bertentangan dengan Islam. Kita jangan mudah terpedaya dengan promosi-promosi
dalam mediamasa slogan-slogan dari Barat mengaburi pemikiran kita. Firman
Allah, “Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mengetahui
tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan
diminta pertangggungjawabnya” (Al Isra' : 36).
Sejarah valentine adalah panjang.
Antara ceritanya, secara ringkas, ia bermula dari golongan yang menyembah
berhala, iaitu orang-orang Romawi, yang merayakan acara untuk memperingati
suatu hari besar mereka yang jatuh pada tanggal 15 Februari, mereka
menamakannya Lucipercalia.
Setelah penyebaran agama Kristian,
para ahli gereja cuba memberikan pengertian ajaran Kristian terhadap perayaan
para pemuja berhala itu. Pada tahun 496 Masehi, Paus Gelasius (Pope Gelasius)
menggantikan peringatan Lupercalia itu menjadi Saint Valentine's Day, iaitu
hari kasih sayang untuk orang-orang suci dengan memindahkan harinya kepada 14
Februari sebagai penghormatan bagi seorang pendeta Kristian yang dihukum mati
pada tanggal tersebut.
Islam adalah 'cara hidup' yang khusus
dan unik bagi semua umat manusia. Sebagai umat yang memiliki peraturan hidup
yang unik dan berbeza dari sistem manapun, kita perlu berdiri atas agama kita
yang satu ini tanpa meniru ajaran umat yang lain. Sabda Rasulullah saw.
"Tidak termasuk golongan ku orang-orang yang menyerupai selain dari
golongan umatku (umat Islam)" HR Tirmidzi dari Amru bin Syu'aib dari
ayahnya dari datuknya. Sabda Rasulullah SAW lagi, "Jangan kamu menyerupai
orang-orang Yahudi dan Nasrani." HR Tirmidzi.
Kesimpulannya Ucapan dan sambutan
Valentine Day tidak sepatut dilakukan oleh seorang Islam dan ia bukan hari
kebesaran umat Islam.