AURAT WANITA
— Dari Firman Allah SWT dan hadis-hadis Nabi SAW
1. Bulu
kening — Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang
mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu
kening." Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
2. Kaki
(tumit kaki) —"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki
(atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan."
An-Nur: 31. Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan
mengikut hentakan kaki.
3. Wangian —
"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu
kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan
zina dan tiap-tiap mata ada zina." Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan
Hibban.
4. Dada —
"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi
dada-dada mereka. "An-Nur : 31
5. Gigi —
"Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya
dikikirkan giginya. "Riwayat At-Thabrani, "Dilaknat perempuan yang
menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah".
Riwayat Bukhari dan Muslim.
6. Muka dan
leher — "Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah
kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu."
Keterangan: Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan
tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
7. Muka dan
Tangan — "Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan
memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang
gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali
pergelangan tangan dan wajah saja." Riwayat Muslim dan Bukhari.
8. Tangan —
"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada
menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya". Riwayat At
Tabrani dan Baihaqi.
9. Mata – "Dan
katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari
pemandangannya." An Nur : 31. Sabda Nabi SAW, “Jangan sampai pandangan
yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama,
pandangan seterusnya tidak dibenarkan." Riwayat Ahmad, Abu Daud dan
Tirmidzi.
10. Mulut
(suara) - "Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam
berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya,
tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." Al Ahzab: 32. Sabda SAW,
"Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan
yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan
penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi."
Riwayat Ibn Majah.
11. Kemaluan - “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka
menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. " An Nur : 31.
"Apabila
seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga
kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada
pintu-pintu yang ia kehendakinya." Riwayat Al Bazzar. "Tiada seorang
perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia
telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." Riwayat Tirmidzi, Abu
Daud dan Ibn Majah.
12. Pakaian —
"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan
memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." Riwayat Ahmad, Abu
Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.
"Sesungguhnya
sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang
yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka
tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." Riwayat Bukhari dan
Muslim. Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan
berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu."Hai nabi-nabi katakanlah
kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin,
hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu
supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha
pengampun lagi maha penyayang." Al Ahzab : 59.
13. Rambut —
"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung
rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak
mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya."
Riwayat Bukhari dan Muslim.