BERMUAMALAH DENGAN BAIK
ANTARA SUAMI ISTERI
- Seorang suami tidak boleh
membenci isterinya atau sampai menceraikannya hanya kerana satu kelakuan
isterinya tidak menyenangkan. Tetapi hendaklah dipertimbangkan dengan
perilaku lain yang menyenangkan dari isterinya.
Sabda Rasulullah: "Sesungguhnya
orang perempuan itu diciptakan dari tulang rusuk. Ia tidak akan boleh
lurus pada satu jalan. Jika kamu mencari kepuasan dengannya, nescaya kamu
dapat kepuasan darinya, padahal ia tetap bengkok. Dan jika kamu hendak
meluruskannya, bererti kamu cuba mematahkan, sedangkan mematahkan
(bererti) menceraikannya." (Riwayat Muslim)
Hadis itu menggambarkan
tingkah laku perempuan yang sejak lahir memang telah dibekali dan
dipengaruhi oleh sifat pembawaan asli. Betapa rumit dan sukarnya mendidik
wanita. Jika ia dididik dengan kasar, maka ia akan patah. Kalau dibiarkan,
maka semakin parah tingkah lakunya. Oleh sebab itu, bagi para suami dalam
mempergauli isteri harus berlaku bijaksana, tahu situasi dan kondisinya.
Jangan terlalu kasar dan jangan pula terlalu lembut.
Sabda Rasulullah: "Jika
seorang perempuan telah sembahyang lima waktunya, menjaga kemaluannya dan
taat kepada suaminya pasti ia masuk syurga dari berbagai pintu yang
dikehendakinya." (Riwayat Ibnu Hibban)
-
-
- Tugas seorang isteri
disamping harus taat kepada Allah, juga harus taat kepada suaminya. Jika
kedua-dua tugas ia dapat dilaksanakan dengan baik, maka syurgalah baginya.
Ia dipersilakan masuk syurga melalui mana-mana pintu syurga yang
dikehendakinya.
Aisyah berkata, "Saya
bertanya kepada Rasulullah, "Siapakah yang lebih besar haknya bagi
seorang perempuan (isteri)?" Baginda pun bersabda:
"Suaminya." Saya bertanya lagi: "Siapakah yang lebih besar
haknya bagi orang lelaki?" Baginda pun bersabda: "Ibunya."
(Riwayat Bazaar dan Hakim)
- Orang perempuan mempunyai
satu kewajipan yang besar dan penting terhadap suami. Sebelum kewajipan
lain dilaksanakan, kewajipan terhadap suamilah harus didahulukan. Lelaki
mempunyai kewajipan yang amat besar terhadap ibunya. Sejauh kemampuannya,
ia perlu memenuhi setiap kewajipan terhadap ibunya, kerana itu kewajipan
yang mesti dilaksanakan.
Rasulullah bersabda: "Wanita yang taat
terhadap suaminya, diminta ampun oleh burung di angkasa, ikan-ikan di
dalam air, malaikat di langit, matahari dan bulan, selama wanita itu ada
dalam kerelaan suaminya. Dan setiap wanita yang derhaka kepada suaminya,
maka kepadanyalah laknat Allah, malaikat dan manusia semuanya. Dan setiap
wanita yang bermuka masam di muka suaminya, jesteru itu ia ada dalam
kemurkaan Allah Ta'ala sampai ia (wanita/isteri) bersenda gurau dengan
suaminya dan ia meminta kerelaanya. Dan setiap wanita yang keluar dari
rumahnya tanpa izin suaminya, jesteru itu malaikat melaknatnya hingga ia
pulang." (Riwayat Al Bazzar).