-
Doa
wanita lebih maqbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat
daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah s.a.w. akan hal
tersebut, jawab baginda : "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa
orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
-
Wanita
yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang tidak
soleh.
-
Seorang
wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
-
Seorang
wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
-
Barang
siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang
sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan
Allah s.w.t. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
-
Barang
siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu
diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah
mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang
menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail
a.s.
-
Tidaklah
seorang wanita yang haid itu, kecuali haidnya merupakan kifarat (tebusan)
untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidnya
membaca "Alhamdulillahi'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah“ (Segala
puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari
segala dosa.); maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan
mudah melalui siratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan Allah Ta'ala
mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid,
apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidnya.
-
Wanita
yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah
s.a.w.) di dalam syurga.
-
Barang
siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua
anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ehsan dalam
pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta
bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
-
Daripada
Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada
anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka
akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."
-
Syurga
itu di bawah telapak kaki ibu.
-
Apabila
memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu
dahulu.
-
Wanita
yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan
terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia
kehendaki dengan tidak dihisab.
-
Wanita
yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara,
malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya
selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (serta menjaga
sembahyang dan puasanya)
-
Aisyah
r.ha. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. siapakah yang
lebih besar haknya terhadap wanita ?" Jawab baginda,
"Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab
Rasulullah s.a.w. "Ibunya".
-
Seorang
wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan
(Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka
pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.
-
Tiap
perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t.
memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000
tahun).
-
Apabila
seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah
para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari
dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
-
Dua
rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat
solat wanita yang tidak hamil.
-
Wanita
yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
-
Wanita
yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
-
Apabila
seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t.
mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.
-
Wanita
yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap
kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
-
Apabila
seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa
seperti keadaan ibunya melahirkannya.
-
Sekiranya
wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai
mati syahid.
-
Wanita
yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan
dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
-
Jika
wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka
malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib
baginya.
-
Jika
wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan
memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
-
Wanita
yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga
anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang
hamba.
- Wanita yang tidak cukup
tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh
Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah
memberi 12 tahun pahala ibadat.
-
Apabila
seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya
seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya, bahkan segala
sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah
mengangkatkannya seribu darjat untuknya.
-
Seorang
wanita yang solehah lebih baik daripada seribu orang lelaki yang tidak
soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka
ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginya lapan pintu
syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.
-
Mana-mana
wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya,
dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau merenung ia pada
suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya,
memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari
keredhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya,
tiap-tiap langkahnya dan setiap renungannya pada suaminya sebagaimana
memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur
hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada
seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi.
-
Tidakkan
putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya
menggembirakan suaminya.
-
Wanita
yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat isterinya
dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat.
-
Jika
wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
-
Wanita
yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih
akan medapat pahala jihad.
-
Jika
wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan
jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
-
Dari
Hazrat Muaz : Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti
untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka
diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.
-
Thabit Al
Banani berkata : Seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya
sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan
dihadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan.
Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya
dijadikan sumbu pelita. Pada keesokkannya matanya yang buta telah celik.
Allah kurniakan keramat (kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan
dan menghormati suaminya).
-
Pada
suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah.
Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu
bertanya, "Adakah kamu menyembahyangkan mayat?" Jawab
mereka,"Tidak" Sabda Baginda "Seeloknya kamu sekelian tidak
perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah
dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat
orang lelaki.
-
Wanita
yang memerah susu binatang dengan 'Bismillah' akan didoakan oleh binatang
itu dengan doa keberkatan.
-
Wanita
yang menguli tepung gandum dengan 'Bismillah', Allah akan berkatkan
rezekinya.
-
Wanita
yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu
lantai di Baitullah.
-
"Wahai
Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti,
Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak
di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi."
-
"Wahai
Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan
untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan memadamkan
seratus perbuatan jahat."
-
"Wahai
Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah
telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari
akhirat."
-
"Wahai
Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat
pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran
sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi
pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian."
-
"Wahai
Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya,
mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan
mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan
memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya
kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya."
-
Sabda
Nabi s.a.w. : "Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan
janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi
minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya
sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada
taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka
dan selamatlah ia melintas Titian Shirat."
-
Jika
suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun
ibadat.
-
Wanita
yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian
menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal
daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan
wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan
menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
-
Semua
orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah
akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai
purdah di dunia ini dengan istiqamah.
-
Dunia ini
adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang
solehah.
-
Salah
satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula
kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).
-
Sebaik-baik
wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia
menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau
(taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.
-
Dunia
yang paling aku sukai ialah wanita solehah.