Zikir
Membersihkan Hati
Adalah
dilaporkan di dalam sebuah hadis bahawa baginda Rasulullah s.a.w bersabda:
"Bagi segala sesuatu ada penggosok untuk membersihkan dan menghilangkan
kekotorannya (umpamanya untuk membersihkan badan dan pakaian dipergunakan sabun
dan untuk menghilangkan karat besi dipergunakan api dan lain-lainnya).Maka
demikian itulah penggosok (pembersih) hati ialah zikrullah."
Hadis ini juga
mengatakan bahawa zikrullah adalah lebih utama daripada yang lain-lain. Zikir
itu dianggap sebagai pembersih hati yang kotor, kerana setiap ibadat dikira
dalam ertikata sebenarnya apabila ibadat-ibadat itu dikerjakan dengan ikhlas dan
pencapaian ikhlas itu adalah bergantung kepada hati yang jernih lagi suci.
Oleh itu sebahagian ulama
tasauf mengatakan bahawa zikir yang dimaksudkan di dalam hadis ini ialah qalbi
(zikir dalam hati) bukan zikir lisani (zikir dengan lidah). Dengan mengerjakan
zikir qalbi itu hati seseorang manusia terhubung dengan ALLAH buat
selama-lamanya. Hakikat ini tidaklah dapat disangkalkan lagi bahawa keadaan yang
disebutkan ini adalah lebih utama dari segala ibadat kerana tercapai sama ada
anggota-anggota zikir maupun anggota-anggota batin. Anggota-anggota ini semuanya
adalah menurut hati.Jika hati itu berhubung dengan sesuatu maka anggota-anggota
lain dengan sendirinya akan terhubung dengannya. Keadaan para pecinta tidaklah
tersembunyi kepada sesiapa pun.